HOME ~ SERVICES ~ PORTFOLIO ~ ABOUT US ~ CONTACT~ TERMS ~ PRODUCTS ~ QUOTATION
Remp-It
Taken from

KUALA LUMPUR: The current controversy over Mat Rempit (illegal racers) has certainly helped boost the movie’s takings at the box office. After five weeks of screening, Remp-It raked in RM4mil. 

Made at a cost of RM2mil, Remp-It will be extended for another week in cinemas. 

Metrowealth Movies Production producer David Teo, who is planning the sequel for next year, described Remp-It’s success as an eye-opener.  

“After all the bad publicity, I never expected it to do so well. I had sleepless nights during the initial stage of screening when the movie was made out to be so controversial by the press,” said Teo, who is currently making a horror flick titled Jangan Pandang Belakang

Remp-It is also the most successful Malay movie in four years, with the last box-office hit being Lagi Lagi Senario which collected RM6mil in 2002. 

None of the Malay movies released this year – Buli Balik, Bujang Senang, Rock, Senario Mencari Harta Karun Yamashita, Pesona Non Grata, Gubra, Tipah Tertipu and Gong – fared as well as Remp-It

Remp-it scriptwriter and leading man Farid Kamil has already been assigned script duties for the sequel which will be directed by Ahmad Idham who also helmed the first movie.  

In an interview with the Bahasa Malaysia news portal m.Star, Teo said he was proud of the Remp-It cast of Farid Kamil, Zul Huzaimy, Julia Hana, Aqasha, Cat Farish and Shah Kassim. 

“You don’t need heavyweights to get the crowd. A good actor will do, and the movie must be highly entertaining. I have proven this in Remp-It,” said the 35-year-old producer who has made more than 21 movies. 

On the controversy over the movie’s subject of illegal street racing and his portrayal of the characters and their activities, Teo said: “All those scenes which the media said were controversial are facts of life.  

“It all happens in the life of a Mat Rempit. How else can you portray them without including the sex, drugs and races? This is what they do.” 

He thanked the National Censorship Board for allowing him to show the real world of the Mat Rempit without any footage snipped. 

“It would be a different story now if the board had not viewed the movie with an open mind,” he added. 
 

Bahasa Melayu

Remp-It mampu mengutip RM2.7 juta dalam masa 10 hari sahaja, satu rekod yang cukup membanggakan. Inilah satu-satunya filem tempatan yang mampu mencapai kutipan box-office untuk tahun ini.

Sekali gus, David sudah boleh menarik nafas lega kerana Remp-it yang dihasilkan dengan belanja RM1.68 juta sudah pulang modal.

"Saya bimbang juga bila filem ini teruk kena kritik sebab ada beberapa aksi mat rempit dalam filem itu yang disifatkan keterlaluan dan lucah. Remp-it sudah membuktikan filem ini mempunyai nilai dan dapat menarik penonton di Malaysia," ujar pengarah yang produktif ini.

David tidak suka Remp-it diberi jolokan "filem lucah" kerana baginya tidak ada apa yang lucah tentang filem ini.

"Ramai orang salah sangka. Lihat satu babak atas katil terus cap filem ini lucah. Kalau nak ikutkan lucah, filem Pesona Non Grata yang menggambarkan Erra dan Hans basah kuyup di dalam taman sama lucah dengan dua orang pelakon yang di atas katil. Sama saja cuma tempat saja yang lain," kata David memberi alasannya.

Filem Remp-it telah diberi kelulusan label `U'dan membolehkan ia ditayang kepada umum tetapi disyaratkan penonton di bawah usia 13 tahun harus datang menontonnya bersama ibu bapa atau penjaga mereka.

Ia mengisahkan dunia mat rempit yang menjadi salah satu gejala sosial dalam masyarakat ketika ini dan sesuai dengan isu semasa.

Filem ini membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Zul Huzaimy, Julia Hana, Aqasha, Cat Farish dan Shah Kassim. Bajet filem itu mencecah RM2 juta.

"Saya jangkakan kutipan akan meningkat lagi. Kalau boleh saya mahu filem ini mencipta sejarahnya tersendiri. Saya harap lebih ramai lagi yang akan tonton filem ini. Kejayaan ini juga membuktikan pengarah Ahmad Idham ada bakat dalam pengarahan. Sebelum ini orang anggap dia hanya boleh arah drama atau filem cinta sahaja. Ahmad Idham sudah buktikan dia boleh buat filem aksi juga," kata David lagi.

"Jangan dengar cakap-cakap orang. Saya syorkan semua orang pergi tengok Remp-it baru tahu, apa yang special tentang filem ini," kata David yang cukup teruja dengan jumlah kutipan untuk Remp-it.

Kutipan RM2.7juta adalah yang paling tinggi dalam ranking kutipan filem tempatan tahun ini. Kutipan sepanjang Sabtu lalu saja mampu mencapai RM500,000 sehari, iaitu rekod terakhir yang pernah dicipta filem Lagi Lagi Senario pada 2001.

Remp-It arahan pertama Ahmad Idham di bawah label MMP memenangi Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia Ke-19, Ahad lalu dan turut mendapat pengiktirafan di dalam Anugerah Oskar5 pada Ahad lepas apabila aktres Julia Hana memenangi Karaktor Jahat Wanita menerusi filem tersebut

Kutipan yang memberangsangkan ini telah memberi David keyakinan bahawa tidak mustahil Remp-it akan memecahkan rekod Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) yang mencecah kutipan RM3.2 juta.

"Itu sudah dalam tangan. Anytime kita boleh break kutipan Pontianak 1. Tapi untuk pecah rekod Lagi Lagi Senario yang mendapat RM6 juta, agak susah sikit…," kata David yang kini sibuk menguruskan produksi fielm terbarunya Jangan Pandang Belakang.

Kata David, untuk tempoh lima hari sahaja Remp-it ditayangkan dari 10 Ogos hingga 14 Ogos, filem itu sudah menjangkau RM1.6 juta, kutipan yang memberi petanda baik.

Kemungkinan, filem ini akan berada di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.
"Remp-it masih rancak lagi ditayangkan di 37 pawagam di seluruh negara. Saya tidak sangka filem sebegini yang ditunggu-tunggu penonton kita. Memang filem ini agak berani dari segi aksi dan gaya menunggang motosikal secara berbahaya tetapi kami cuba paparkan sedikit mesej di sebaliknya," kata David.

Keistimewaan Remp-it mungkin disebabkan skripnya yang jujur dan telus. Skrip filem ini dibuat oleh pelakon utamanya Farid.

"Farid pernah dekati dunia mat rempit dan sebab itu cerita dalam filem ini nampak macam jujur. Tidak salah kami paparkan aksi berani sebab ia ada daya tarikan, malah nak dikirakan filem Hollywood dan Hong Kong lebih berani dan merbahaya," katanya lagi.